Rabu, 31 Oktober 2012

Kata Sendi Nama ( 2 )

6. pada-- masa, tempat, orang, haiwan
    contoh : a.) Acara sukan akan bermula pada pukul 8.00 pagi.
                 b.) Gambar itu digantung pada dinding ruang tamu.
                 c.) Buku cerita adik ada pada Siti.
                 d.) Keupayaan untuk terbang ada pada burung.

7. oleh-- digunakan dalam ayat pasif
    contoh : a.) Bangunan yang unik itu direka oleh seorang arkitek yang terkenal.

8. untuk-- orang, menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
    contoh : a.) Susu dikenal pasti sebagai makanan terbaik untuk bayi.
                  b.) Kutipan derma itu adalah untuk pembiayaan kos perbelanjaan rawatan
                      orang cacat.
 
             

Selasa, 23 Oktober 2012

Kata Sendi Nama ( 1 )

Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung kata nama atau frasa nama.

1. di -- tempat, arah
   contoh : a.) Tong sampah itu terletak di belakang rumah.
                b.) Murid- murid berkumpul di dewan sekolah.

2. ke -- tempat, arah, waktu / masa
   contoh : a.) Rahman berjalan menuju ke arah ibu.
                b.) Kami sekeluarga melancong ke luar negara pada hujung tahun ini.

3. dari -- tempat, arah, waktu / masa
     contoh : a.) Ali baru pulang dari pejabat.
                  b.) Bapa bekerja dari pagi hingga petang.

4. daripada -- orang, punca / sumber, perbandingan
    contoh : a.) Saya menerima hadiah daripada Cikgu Lee.
                 b.) Tikar itu diperbuat daripada daun mengkuang.
                 c.) Ahmad lebih tinggi daripada Abu.

5. kepada -- orang, haiwan, pecahan
    contoh : a.) Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Cikgu Lee yang akan bersara.
                 b.) Ali menghulurkan seketul tulang kepada anjing kesayangannya.
                 c.) Murid- murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Rabu, 17 Oktober 2012

Kata Nama Khas

Kata Nama Khas ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan orang, haiwan, benda, tumbuhan dan tempat secara khusus.
Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.

Contoh:
Orang       :    Encik Lee, Puan Tan, Pak Ali, Dr. Razali, Siti

Haiwan     :    Si Comel, Si Tompok, Sang Kancil, Pak Belang, Si Hitam

Benda       :    Proton Waja, Nike, Adidas, Seiko, Sony, Kamus Perdana

Tumbuhan  :   Rafflesia, Chlorella, Hibiscus Rosa Sinesis

Tempat      :    Zoo Negara, Universiti Malaya, Legoland, Singapura,
                      Perpustakaan Tunku Abdul Rahman

Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah erkataan yang digunakan untuk menyebut orang, haiwan, benda, tumbuhan, tempat dan sebagainya secara umum.

Contoh:
Orang          :    datuk, guru, bapa, peguam, adik

Haiwan        :    lembu, tupai, kucing, ikan, burung

Benda          :    meja, kerusi, pembaris, baju, kasut

Tumbuhan    :    durian, kaktus, serai, ubi, bunga

Tempat        :    padang, sekolah, perpustakaan, hospital, taman permainan