Kata Nama Khas ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan orang, haiwan, benda, tumbuhan dan tempat secara khusus.
Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.
Contoh:
Orang : Encik Lee, Puan Tan, Pak Ali, Dr. Razali, Siti
Haiwan : Si Comel, Si Tompok, Sang Kancil, Pak Belang, Si Hitam
Benda : Proton Waja, Nike, Adidas, Seiko, Sony, Kamus Perdana
Tumbuhan : Rafflesia, Chlorella, Hibiscus Rosa Sinesis
Tempat : Zoo Negara, Universiti Malaya, Legoland, Singapura,
Perpustakaan Tunku Abdul Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan