Rabu, 21 November 2012

Latihan 7 ( Penjodoh Bilangan)

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1. Ramli menjolok buah mangga dengan menggunakan se ____________ galah.

2. Ibu meletakkan se_____________ anggur di atas meja.

3. Nenek menyimpan se_____________ gunting di dalam laci.

4. Ibu meletakkan se_______________garam ke dalam sup ayam itu.

5. Bapa menghadiahkan se_____________batu permata kepada ibu.

6. Kakan membeli dua _______________subang yang cantik di pasar malam.

7. Datuk mengikat se ______________kayu di hutan.

8. Se _______________polis sedang berkawad di bawah pokok.

Selasa, 13 November 2012

Penjodoh Bilangan

1.) angkatan : kumpulan manusia atau benda yang besar
      Contoh :polis, tentera, kapal

2.) batang : benda yang panjang dan lurus
     Contoh : besi, gigi, sungai

3.) bentuk : benda yang kecil dan berkeluk atau berbentuk lengkung
      Contoh : mata kail, subang, cincin

4.) berkas : benda yang telah diikat
      Contoh : kayu, ranting, rotan

5.) bilah : benda yang tajam dan runcing
     Contoh : pisau, sabit, gunting

6.) butir : benda yang kecil dan agak bulat
     Contoh : batu permata, manik, mutiara

7.) cubit : benda yang diambil sedikit dengan mencubitnya
     Contoh: garam, gula, kunyit

8.) gugus : benda yang banyak dalam serangkai atau sekelompok
     Contoh : kunci, anggur, pulau


Latihan 6 ( Jenis-jenis Ayat )

Isikan jenis-jenis ayat yang sesuai.

1.) Adakah pencapaian kamu dalam pelajaran telah meningkat?
     _________________________

2.) Oh, rupa-rupanya dia yang membiayai kos rawatan budak yang miskin itu!
     _________________________

3.) "Shin Peng, jemputlah masuk,"kata Siew Ching.
     _________________________

4.) Gunakan lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan raya.
     _________________________

5.) Saya berasa simpati terhadap anak yatim itu.
     _________________________

6.) Usah bersikap boros ketika kamu berbelanja.
     _________________________

Jenis-jenis Ayat

Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan ayat tersebut diucapkan.

i.) Ayat Penyata
    Untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal dan diakhiri dengan tanda noktah (.)
    Contoh : Buku-buku di dalam perpustakaan tersusun dengan kemas.

ii.) Ayat Tanya
     Untuk menanyakan sesuatu hal atau keadaan dan diakhiri dengan tanda tanya (?)
     Contoh : Bilakah kamu akan bertolak ke tempat pelancongan itu?

iii.) Ayat Seruan
     Untuk menyatakan perasaan seseorang seperti gembira, terkejut, marah dan
     sebagainya. Dimulai dengan kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!)
     Contoh : Amboi, mahal sungguh ceongsam ini!

iv.) Ayat Perintah
      Untuk menimbulkan sesuatu tindakan; digunakan untuk menyuruh, meminta,
      memerintah, mengarah atau melarang seseorang.
      Terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
       a.) Ayat Suruhan : memberi perintah atau arahan kepada orang lain.
            Contoh : Lipatkan baju-baju kamu di atas katil itu.

      b.) Ayat Larangan : melarang atau menegah seseorang daripada melakukan
                                       sesuatu. Kata larangan seperti jangan, usah, dilarang
                                       akan digunakan.
           Contoh : Jangan buang sisa-sisa toksik ke dalam sungai.

      c.) Ayat permintaan : memohon permintaan atau pertolongan.
           Contoh : Tolong sampaikan salam mesra saya kepada keluarga kamu.

     d.) Ayat silaan : menjemput atau mempersilakan seseorang.
          Contoh : Jemput naik ke atas pentas.
     

Latihan 5 ( Kata Bilangan )

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

1.) Pak Ali membela ______________ ekor lembu.

2.) Makcik Lee menjual _______________jenis sayur di gerainya.

3.) ______________ hari Isnin, sekolah saya akan mengadakan perhimpunan
     sekolah.

4.) _____________ hadirin dijemput masuk ke dewan serta mengambil tempat
     masing-masing.

5.) Setelah ______________ hari bercuti di kampung nelayan, kami pun bertolak
      pulang.

6.) Abang hanya minum ______________ daripada susu itu.




Jawapan:

i.) berbagai-bagai               ii.) dua                           iii.) separuh

iv.) setiap                           v.) para                         vi.) beberapa