Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dan membentuk ayat tanya.
Kata Tanya perlu disertai kata penengas " kah " apabila hadir pada awal ayat.
Ayat Tanya diakhiri dengan tanda soal ( ? ).
1.) apa : menanyakan perkara, benda, tempat dan binatang
Contoh : Apakah tajuk sajak yang dideklamasikan oleh Ali?
2.) siapa : menanyakan orang atau nama orang
Contoh : Siapakah yang berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada lemas?
3.) bagaimana : menanyakan keadaan, cara atau pendapat
Contoh : Bagaimanakah keadaan kesihatan bapa kamu sekarang?
4.) berapa : mananyakan harga, bilangan, jumlah dan ukuran
Contoh : Berapakah jumlah tetamu yang diundang ke majlis itu?
5.) bila : menanyakan masa
Contoh : Bilakah ayah kamu akan berangkat ke luar negara?
6.) mengapa : menanya sebab
Contoh : Mengapakah Siti tidak mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong?
7.) mana : menanyakan tempat dan arah
Contoh : Di manakah mereka bercadang untuk mengadakan perkhemahan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan