Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan ayat tersebut diucapkan.
i.) Ayat Penyata
Untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal dan diakhiri dengan tanda noktah (.)
Contoh : Buku-buku di dalam perpustakaan tersusun dengan kemas.
ii.) Ayat Tanya
Untuk menanyakan sesuatu hal atau keadaan dan diakhiri dengan tanda tanya (?)
Contoh : Bilakah kamu akan bertolak ke tempat pelancongan itu?
iii.) Ayat Seruan
Untuk menyatakan perasaan seseorang seperti gembira, terkejut, marah dan
sebagainya. Dimulai dengan kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!)
Contoh : Amboi, mahal sungguh ceongsam ini!
iv.) Ayat Perintah
Untuk menimbulkan sesuatu tindakan; digunakan untuk menyuruh, meminta,
memerintah, mengarah atau melarang seseorang.
Terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
a.) Ayat Suruhan : memberi perintah atau arahan kepada orang lain.
Contoh : Lipatkan baju-baju kamu di atas katil itu.
b.) Ayat Larangan : melarang atau menegah seseorang daripada melakukan
sesuatu. Kata larangan seperti jangan, usah, dilarang
akan digunakan.
Contoh : Jangan buang sisa-sisa toksik ke dalam sungai.
c.) Ayat permintaan : memohon permintaan atau pertolongan.
Contoh : Tolong sampaikan salam mesra saya kepada keluarga kamu.
d.) Ayat silaan : menjemput atau mempersilakan seseorang.
Contoh : Jemput naik ke atas pentas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan