Rabu, 21 November 2012

Latihan 7 ( Penjodoh Bilangan)

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1. Ramli menjolok buah mangga dengan menggunakan se ____________ galah.

2. Ibu meletakkan se_____________ anggur di atas meja.

3. Nenek menyimpan se_____________ gunting di dalam laci.

4. Ibu meletakkan se_______________garam ke dalam sup ayam itu.

5. Bapa menghadiahkan se_____________batu permata kepada ibu.

6. Kakan membeli dua _______________subang yang cantik di pasar malam.

7. Datuk mengikat se ______________kayu di hutan.

8. Se _______________polis sedang berkawad di bawah pokok.

Selasa, 13 November 2012

Penjodoh Bilangan

1.) angkatan : kumpulan manusia atau benda yang besar
      Contoh :polis, tentera, kapal

2.) batang : benda yang panjang dan lurus
     Contoh : besi, gigi, sungai

3.) bentuk : benda yang kecil dan berkeluk atau berbentuk lengkung
      Contoh : mata kail, subang, cincin

4.) berkas : benda yang telah diikat
      Contoh : kayu, ranting, rotan

5.) bilah : benda yang tajam dan runcing
     Contoh : pisau, sabit, gunting

6.) butir : benda yang kecil dan agak bulat
     Contoh : batu permata, manik, mutiara

7.) cubit : benda yang diambil sedikit dengan mencubitnya
     Contoh: garam, gula, kunyit

8.) gugus : benda yang banyak dalam serangkai atau sekelompok
     Contoh : kunci, anggur, pulau


Latihan 6 ( Jenis-jenis Ayat )

Isikan jenis-jenis ayat yang sesuai.

1.) Adakah pencapaian kamu dalam pelajaran telah meningkat?
     _________________________

2.) Oh, rupa-rupanya dia yang membiayai kos rawatan budak yang miskin itu!
     _________________________

3.) "Shin Peng, jemputlah masuk,"kata Siew Ching.
     _________________________

4.) Gunakan lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan raya.
     _________________________

5.) Saya berasa simpati terhadap anak yatim itu.
     _________________________

6.) Usah bersikap boros ketika kamu berbelanja.
     _________________________

Jenis-jenis Ayat

Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan ayat tersebut diucapkan.

i.) Ayat Penyata
    Untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal dan diakhiri dengan tanda noktah (.)
    Contoh : Buku-buku di dalam perpustakaan tersusun dengan kemas.

ii.) Ayat Tanya
     Untuk menanyakan sesuatu hal atau keadaan dan diakhiri dengan tanda tanya (?)
     Contoh : Bilakah kamu akan bertolak ke tempat pelancongan itu?

iii.) Ayat Seruan
     Untuk menyatakan perasaan seseorang seperti gembira, terkejut, marah dan
     sebagainya. Dimulai dengan kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!)
     Contoh : Amboi, mahal sungguh ceongsam ini!

iv.) Ayat Perintah
      Untuk menimbulkan sesuatu tindakan; digunakan untuk menyuruh, meminta,
      memerintah, mengarah atau melarang seseorang.
      Terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
       a.) Ayat Suruhan : memberi perintah atau arahan kepada orang lain.
            Contoh : Lipatkan baju-baju kamu di atas katil itu.

      b.) Ayat Larangan : melarang atau menegah seseorang daripada melakukan
                                       sesuatu. Kata larangan seperti jangan, usah, dilarang
                                       akan digunakan.
           Contoh : Jangan buang sisa-sisa toksik ke dalam sungai.

      c.) Ayat permintaan : memohon permintaan atau pertolongan.
           Contoh : Tolong sampaikan salam mesra saya kepada keluarga kamu.

     d.) Ayat silaan : menjemput atau mempersilakan seseorang.
          Contoh : Jemput naik ke atas pentas.
     

Latihan 5 ( Kata Bilangan )

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

1.) Pak Ali membela ______________ ekor lembu.

2.) Makcik Lee menjual _______________jenis sayur di gerainya.

3.) ______________ hari Isnin, sekolah saya akan mengadakan perhimpunan
     sekolah.

4.) _____________ hadirin dijemput masuk ke dewan serta mengambil tempat
     masing-masing.

5.) Setelah ______________ hari bercuti di kampung nelayan, kami pun bertolak
      pulang.

6.) Abang hanya minum ______________ daripada susu itu.




Jawapan:

i.) berbagai-bagai               ii.) dua                           iii.) separuh

iv.) setiap                           v.) para                         vi.) beberapa

Latihan 4 ( Kata Tanya )

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.

1.) ________________kah kejadian rompakan itu berlaku?

2.) ________________kah bilangan murid lelaki yang ada dalam kelas kamu?

3.) ________________kah cara untuk mengatasi masalah pembiakan nyamuk aedes?

4.) ________________kah yang ternampak kondenser rumah Suresh terbakar?

5.) ________________kah sekolah kamu akan mengadakan sukan?

6.) Ke ________________kah mangsa bangjir itu dipindahkan?

Latihan 3 (Kata Ganda)

Garisi kata ganda yang sesuai.

1.) ( Petani-petani, Nelayan-nelayan ) di kampung itu sibuk menuai padi yang sedang
      menguning.

2.) Ibu menghidangkan sepinggan ( epok-epok, jemput-jemput ) yangdiperbuat daripada
     pisang raja.

3.) ( Orang-orang, Mata-mata ) sedang meronda di sepanjang jalan itu pada waktu
      malam.

4.) Bekas air yang bertakung itu menyebabkan pembiakan ( jejentik, rerama ).

5.) kakak sedang mengisi ( kekabu, deduri ) ke dalam sarung bantal.

6.) Rahman memarahi adik kerana telah mematahkan ( jejari, kekisi ) basikalnya.

Isnin, 12 November 2012

Kata Bilangan

Kata Bilangan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan atau urutan.
Kata Bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu :

1.) Kata Bilangan Tentu
     merujuk bilangan yang diketahui jumlahnya
     Contoh : lima, sepuluh, seratus, seribu, sejuta

2.) Kata Bilangan Tak Tentu
     merujuk bilangan yang tidak tentu atau secara umum sahaja
     Contoh : beberapa, sebahagian, segelintir, sekalian, semua
  
3.) Kata Bilangan Himpunan
     merujuk bilangan yang terhimpun atau terkumpul
     Contoh : ketiga-tiga, berbulan-bulan, bertahun-tahun, beratus-ratus, berjam-jam

4.) Kata BilanganPisahan
     merujuk bilangan yang berupa pecahan
     Contoh : tiap-tiap, setiap, masing-masing

5.) Kata BilanganPecahan
     merujuk bilangan yang berupa pecahan
     Contoh : separuh, setengah, satu pertiga

6.) Kata Bilangan Tingkat
     merujuk bilangan yang bertingkat, mengikut urutan atau giliran
     Contoh : pertama, kedua, ketiga, keseratus, keseribu



Latihan 2 ( Kata Sendi Nama)

Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

1.) Meja itu diperbuat _______________ kayu jati.

2.) Jiran baru saya datang ______________ negeri Pahang.

3.) Ubat itu disapukan _____________ lutut adik yang luka.

4.) Saya menghantar buku latihan ______________ guru kelas.

5.) Kakak pergi ______________ rumah kawan sejak pagi lagi.

6.) Nenek saya tinggal ______________ Kampung Akilah.

7.) Budak lelaki itu dilanggar ____________ sebuah lori pagi tadi.

8. Bunga ros itu adalah ______________ guru kelas saya.


Jawapan:

i.) untuk                  ii.) daripada                    iii.) ke                       iv.) dari

v.) oleh                   vi.) kepada                     vii.) pada                 viii.) di

Latihan 1 ( Kata Nama Am & Kata Nama Khas)

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.

1.) Perdana Menteri sedang menyampaikan ucapan beliau di atas ________________.

2.) _______________ kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

3.) _______________ tua itu terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan hidup.

4.) Ayah membawa saya menonton wayang di _______________.

5.) Encik Lee membuka sebuah _______________siber di Kelantan.

6.) _______________ merupakan serangga perosak.


Jawapan:

i.) kafe                       ii.) pentas                     iii.) pengemis

iv.) negara                 v.) belalang                  vi.) pawagam




Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.

1.) _____________ ( Pak Belang, Si Tompok) telah membaham seekor kambing.

2.) _____________ ( Putrajaya, Petaling Jaya) ia;ah pusat pentadbiran kerajaan
     persekutuan yang terbaru.

3.) Pesakit itu dirawat oleh _____________ ( Doktor Lee, Cikgu Azmi).

4.) Pasukan pengakap itu berkhemah di _____________ ( Taman Negara, Muzium ).

5.) Kakak mempunyai sebuah telefon bimbit jenama ____________ ( Acer, Nokia).

Jumaat, 9 November 2012

Kata Tanya

Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dan membentuk ayat tanya.
Kata Tanya perlu disertai kata penengas " kah " apabila hadir pada awal ayat.
Ayat Tanya diakhiri dengan tanda soal ( ? ).

1.) apa : menanyakan perkara, benda, tempat dan binatang
     Contoh : Apakah tajuk sajak yang dideklamasikan oleh Ali?

2.) siapa : menanyakan orang atau nama orang
     Contoh : Siapakah yang berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada lemas?

3.) bagaimana : menanyakan keadaan, cara atau pendapat
     Contoh : Bagaimanakah keadaan kesihatan bapa kamu sekarang?

4.) berapa : mananyakan harga, bilangan, jumlah dan ukuran
     Contoh : Berapakah jumlah tetamu yang diundang ke majlis itu?

5.) bila : menanyakan masa
     Contoh : Bilakah ayah kamu akan berangkat ke luar negara?

6.) mengapa : menanya sebab
     Contoh : Mengapakah Siti tidak mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong?

7.) mana : menanyakan tempat dan arah
     Contoh : Di manakah mereka bercadang untuk mengadakan perkhemahan?

Kata Ganda

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada proses pengulangan kata dasar.
Terdapat empat bentuk kata ganda, iaitu :

1.) Kata Ganda Penuh
     Kata yang digandakan sepenuhnya
     Contoh : orang-orang, cita-cita, buku-buku, mata-mata, agar-agar

2.) Kata Ganda Separa
     Sebahagian daripada kata digandakan
     Contoh : tetupai, tetangga, jejari, jejentik, sesiku

3.) Kata Ganda Berentak
     Kata dasar digandakan mengikut rentak bunyi tertentu kata dasar itu
     Contoh : kuih-muih, sorak-sorai, bukit-bukau, riuh-rendah, lauk-pauk

4.) Kata Ganda Berimbuhan
      Kata ganda yang diberikan imbuhan
      Contoh : surat-menyurat, tawar-menawar, tumbuh-tumbuhan, kehijau-hijauan
                    bertungkus lumus

Rabu, 31 Oktober 2012

Kata Sendi Nama ( 2 )

6. pada-- masa, tempat, orang, haiwan
    contoh : a.) Acara sukan akan bermula pada pukul 8.00 pagi.
                 b.) Gambar itu digantung pada dinding ruang tamu.
                 c.) Buku cerita adik ada pada Siti.
                 d.) Keupayaan untuk terbang ada pada burung.

7. oleh-- digunakan dalam ayat pasif
    contoh : a.) Bangunan yang unik itu direka oleh seorang arkitek yang terkenal.

8. untuk-- orang, menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
    contoh : a.) Susu dikenal pasti sebagai makanan terbaik untuk bayi.
                  b.) Kutipan derma itu adalah untuk pembiayaan kos perbelanjaan rawatan
                      orang cacat.
 
             

Selasa, 23 Oktober 2012

Kata Sendi Nama ( 1 )

Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung kata nama atau frasa nama.

1. di -- tempat, arah
   contoh : a.) Tong sampah itu terletak di belakang rumah.
                b.) Murid- murid berkumpul di dewan sekolah.

2. ke -- tempat, arah, waktu / masa
   contoh : a.) Rahman berjalan menuju ke arah ibu.
                b.) Kami sekeluarga melancong ke luar negara pada hujung tahun ini.

3. dari -- tempat, arah, waktu / masa
     contoh : a.) Ali baru pulang dari pejabat.
                  b.) Bapa bekerja dari pagi hingga petang.

4. daripada -- orang, punca / sumber, perbandingan
    contoh : a.) Saya menerima hadiah daripada Cikgu Lee.
                 b.) Tikar itu diperbuat daripada daun mengkuang.
                 c.) Ahmad lebih tinggi daripada Abu.

5. kepada -- orang, haiwan, pecahan
    contoh : a.) Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Cikgu Lee yang akan bersara.
                 b.) Ali menghulurkan seketul tulang kepada anjing kesayangannya.
                 c.) Murid- murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Rabu, 17 Oktober 2012

Kata Nama Khas

Kata Nama Khas ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan orang, haiwan, benda, tumbuhan dan tempat secara khusus.
Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.

Contoh:
Orang       :    Encik Lee, Puan Tan, Pak Ali, Dr. Razali, Siti

Haiwan     :    Si Comel, Si Tompok, Sang Kancil, Pak Belang, Si Hitam

Benda       :    Proton Waja, Nike, Adidas, Seiko, Sony, Kamus Perdana

Tumbuhan  :   Rafflesia, Chlorella, Hibiscus Rosa Sinesis

Tempat      :    Zoo Negara, Universiti Malaya, Legoland, Singapura,
                      Perpustakaan Tunku Abdul Rahman

Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah erkataan yang digunakan untuk menyebut orang, haiwan, benda, tumbuhan, tempat dan sebagainya secara umum.

Contoh:
Orang          :    datuk, guru, bapa, peguam, adik

Haiwan        :    lembu, tupai, kucing, ikan, burung

Benda          :    meja, kerusi, pembaris, baju, kasut

Tumbuhan    :    durian, kaktus, serai, ubi, bunga

Tempat        :    padang, sekolah, perpustakaan, hospital, taman permainan